Tentang PBE

LATAR BELAKANG SYARIKAT

PBE Enterprise (Kedai Buku) (dahulunya dikenali sebagai Pearl Base Enterprise) telah ditubuhkan pada tahun 2004. Ia adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang telah berkembang pesat dari semasa ke semasa. Syarikat telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan selama 6 tahun dan kini telah stabil di pasaran. Teras utama perniagaan kami adalah Fotostat, Percetakan & Kedai Buku, berkonsepkan ‘one stop centre’ dengan motto syarikat iaitu ‘segalanya ada disini…..’.

Kami adalah satu-satunya kedai buku bumiputera di daerah Karangan, Kulim Kedah yang menjalankan konsep seumpama ini.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan selain buku-buku & alatulis adalah seperti :

1. Fotostat (hitam putih & warna)

2. Binding

3. Laminating

4. Rubber Stamp

5. Kad Kahwin

6. Kad Jemputan

7. Flyer / Risalah

8. Invois / Resit / Buku Bil

9. Hardcover Binding

10. Bisnes Kad

11. Cetak Gambar (Pasport & 4R)

12. Sewa, Beli & Servis Mesin Fotostat

11. Semua jenis percetakan segera.

PELUANG PERNIAGAAN FRANCAIS.

Kami menjemput bakal-bakal usahawan yang ingin membuka kedai buku berkonsepkan begini untuk bersama-sama kami membuka francais. Segala kelengkapan perniagaan disediakan bermula dari perancangan perniagaan hinggalah kepada pengurusan perniagaan. Mereka akan diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari ‘O to Pro’ didalam selok belok perniagaan ini.

Antara latihan-latihan yang diberikan untuk perniagaan ini adalah :

1. Pengurusan kewangan

2. Pengurusan bisnes

3. Pengurusan kakitangan

4. Latihan merekabentuk grafik

5. Sistem pengurusan inventori

6. Lain-lain latihan yang diperlukan